5/19/2019
Posted by 

Alat pemadam api atau fire extinguisher adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api.

Pemadam api jenis co2

Alat Pemadam Api

Pernah nampak tak bekas berbentuk silinder dan berwarna merah yang biasanya
tergantung di dinding? Tahu tak apa nama alat itu? Itulah alat pemadam api, sejenis
alat yang digunakan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang kecil. Alat
ini ialah sebuah peranti mudah alih dan digunakan secara manual ketika kecemasan.
Ketika kecemasan yang melibatkan api yang kecil sahaja, jika api terlampau besar
atau di luar kawalan haruslah anda memanggil bomba.
Salah satu cara untuk memastikan keberkesanan alat pemadam api adalah
memastikan orang yang mengambil atau menemui alat pemadam api perlulah
seorang yang bersedia, tidak panik dan berkebolehan menggunakan alat pemadam
api.

Cara untuk menggunakan alat pemadam api sangatlah mudah. Anda hanya
perlu ingat empat huruf iaitu R.A.S.S. Apa maksud huruf itu sebenarnya?

R : Rotate pin to break seal and pull out pin
Pusingkan pin untuk memcahkan kunci keselamatan sebelum mencabut
keluar pin tersebut.
A : Aim nozzle at fire based from approximately 2m
Halakan muncung alat pemadam api tersebut sekurang-kurangnya pada
jarak 2m daripada punca api.
S : Squeeze lever, release to stop
Tekan pemicit alat pemadam api dan lepaskan picu untuk berhenti
S : Sweep left and right
Halakan alat pemadam api tersebut ke kiri dan kanan

  • Alat Pemadam Api sebagai alat pemadam kebakaran modern yang didesign khusus dengan kapasitas yang terukur. Kami menjual dan menerima pengisian ulang serta service Alat Pemadam Api Ringan (Tabung Apar) sebagai pemadam kebakaran yang terjamin kualitasnya.
  • Selamat Datanng Lorem ipsum dolor sit amet, an argumentum dissentiet me Selamat Datanng Lorem ipsum dolor sit amet, an argumentum dissentiet me Selamat Datanng.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis alat pemadam api dan setiap satunya
mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada kelas-kelas kebakaran. Setiap
jenis alat pemadam api hanya akan berkesan jika digunakan pada api yang berpunca
daripada kelas-kelas kebakaran yang telah ditetapkan sahaja. Antara jenis-jenis alat
pemadam api ialah:-

1) Alat Pemadam Api Jenis Air

Pemadam Api

Alat pemadam api jenis air akan dilabel dengan pelekat yang berwarna merah.
Kebiasaannya alat pemadam api jenis air digunakan untuk memadamkan
kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. Alat
pemadam api jenis ini amatlah berbahaya jika digunakan untuk kebakaran
elektrik kerana ia dikenali sebagai konduktor elektrik yang baik.

2) Alat Pemadam Api Jenis Buih

Jika kebakaran melibatkan bahan cecair ataupun gas yang mudah terbakar
seperti minyak, cat, vanish, gas asli dan gas asetilina maka alat pemadam api
jenis buih perlu digunakan. Alat pemadam api jenis ini dapat dikenali melalui
pelekat yang berwarna krim dan berfungsi untuk menyelimut dan
menurunkan suhu. Ini merupakan jenis alat pemadam api yang sering
digunakan oleh pihak Bomba Jabatan Penerbangan.

3) Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida

Kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik seperti papan transformer,
peralatan kuasa elektrik, gas dan wap hanya boleh dipadamkan dengan alat
pemadam api jenis karbon dioksida. Antara kelebihan alat pemadam api yang
dilabel dengan pelekat berwarna hitam ini ialah gas tersebut tidak
mengalirkan elektrik dan dapat menembusi tempat-tempat yang mempunyai
permukaan yang kecil. Namun harus diingatkan bahawa alat pemadam api
jenis ini tidak sesuai untuk memadamkan kebakaran jenis lain dan juga tidak
mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar.

4) Alat Pemadam Api Jenis Serbuk Kering

Pemadam Api

Jenis Pemadam Api

Dilabel dengan pelekat berwarna biru, alat pemadam api jenis ini mampu
untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan logam dan bukan
logam. Antara contoh bahan-bahan tersebut ialah kalium, magnesium,

Pemadam api co2

natrium dan titanium. Keistimewaan alat pemadam api kelas ini ialah ia juga
mampu untuk memadamkan mampu memadamkan semua jenis kebakaran.
Alat pemadam api jenis serbuk kering dipercayai lebih berkesan berbanding
dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Semua jenis alat pemadam api ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak
mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar. Setiap alat pemadam api ini
perlulah diletakkan di tempat-tempat yang boleh dilihat dan sewajarnya digantung
untuk mengelakkannya daripada rosak. Alat-alat pemadam api ini juga perlu
diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali ianya berada dalam keadaan yang baik
dan sedia untuk digunakan. Sebelum mennggunakan alat pemadam api haruslah
dipastikan jenis alat pemadam api itu terlebih dahulu kerana jika terguna jenis yang
salah tidak akan memberi sebarang kesan malah akan menyebabkan kebakaran
menjadi lebih besar lagi.